KEPULANGAN
Assalamualaikum...
Tajuk aku tak bermaksud kepada PULANG sebaliknya lebih kepada KEMBALI.
 |
| ...KEPADANYA... |
As a perawat erm....dah lebih dari 30 kematian depan mata aku. Aku lihat...aku dengar...dan aku merasai kesedihan. Tapi...hati aku msih tak lali dengan kematian. Aku masih mencari sesuatu dibalik kematian.
Aduh...tajuk ni membuat aku terasa sangat serius. Walhal, aku cuba bersantai selepas memerah keringat mengRESUS. Aku sempat melafaz shahadah di telinga...mengharap dan berdoa allahyarham mendengar dan terbimbing walau aku sendiri tak pasti.
Semoga roh-roh mereka berada dikalangan orang-orang mukmin yang beriman. Semoga ahli keluarga mereka tabah dan redha menghadapi dugaan. Dan semoga aku juga bersedia untuk menghadapi sebarang semua itu....apabila tiba masanya. Amin.
No comments:
Post a Comment
thanks for the care.